0

Selamat Hari Krismas

Christmas

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian dan disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

Antra adat resam moden perayaan ini termasuklah pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismaslampu hiasan, daun mistletoeholi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakan hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Kawasan sekitar bandar raya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandar raya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam.

Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria.

0

Kem Bahasa Malaysia Pada Cuti Sekolah

BM leaflet puchong-ol(back)

Pada cuti sekolah, ibu bapa semestinya mencari-cari tempat atau program untuk mengisi kekosongan masa lapang anak-anak mereka. Maka dengan itu, kami di BM World menyediakan satu program yang menarik untuk para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat iaitu Kem BM. Kem BM berlangsung selama tiga hari iaitu dua hari aktiviti di dalam kelas dan lawatan sambil belajar selama sehari. Aktiviti yang diadakan di dalam kelas ialah aktiviti berkaitan dengan Bahasa Malaysia yang menyeronokkan serta dapat mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar semasa menjalankan aktiviti. Manakala bagi lawatan sambil belajar pula, pelajar dibawa melawat tempat-tempat menarik iaitu di “Farm in the City”, “Royal Selangor Pewter”, “Coin Museum” dan “Dessert House”.

Pelajar akan memperolehi pengalaman yang baru dan menarik selepas melawat tempat-tempat tersebut. Selain itu juga, pelajar tidak perlu bimbang untuk mengetahui info-info berkenaan dengan tempat yang dilawati kerana pelajar akan diberi penerangan terperinci mengenai tempat-tempat yang akan dilawati oleh mereka. Bagi pihak ibu bapa, mereka tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak mereka kerana beberapa orang guru dari BM World akan mengiringi para pelajar semasa aktiviti ini berlangsung. Rebutlah peluang ini untuk menghantar anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti yang menarik dan berkualiti melalui program Kem BM yang akan diadakan pada 19-21 Nov 2013, 26-28 Nov 2013, 3-5 Dec 2013 dan 9,10,12 Dec 2013. Program ini terbuka kepada pelajar yang berumur 5 tahun hingga pelajar berumur 17 tahun. Kem BM akan diadakan di BM World Bandar Puteri, Puchong dan BM World Kota Kemuning pada tarikh yang sama. Berilah pengalaman yang baru dan menyeronokkan kepada anak-anak anda melalui Kem BM!

0

GERAI PAMERAN BM WORLD DI ‘MALAYSIA FRANCHISE EXHIBITION’ (PWTC)

Salam sejahtera.

Bertemu lagi kita pada sesi blog kali ini. Tiga minggu telah berlalu untuk bulan September 2013. Perjalanan masa terlalu pantas dirasai terutama bagi kami, warga pendidik di BM World  apatah lagi setiap saat terisi dengan pelbagai aktiviti dan tugasan harian.

Salah satu aktiviti terkini yang akan kami sertai ialah ‘Malaysia Franchise Exhibition’ yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur selama tiga hari bermula pada 20 September 2013 dan berakhir pada 22 September 2013.

Franchise Exhibition

Franchise Booth

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang dunia sebenar perniagaan francais. Pada pameran ini, berkampungnya syarikat-syarikat perniagaan francais dari dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka.

BM World Logo

BM World Logo

Pada pameran kali ini juga, produk BM World yang berteraskan pendidikan akan turut dipromosikan. Objektif kami menyertai pameran ini adalah untuk mencari pelabur yang berminat dalam perniagaan francais BM World di samping mempromosikan program BM World kepada masyarakat umum. Kami berharap  agar anda melawat gerai pameran BM World (C23) di PWTC. Jumpa anda di sana.

 

0

PENCEMARAN BAHASA

wrong sign

Gambar berikut merupakan papan tanda yang dipamerkan di salah sebuah restoran. Papan tanda tersebut diperlihatkan untuk memberitahu pelanggan supaya pembeli membayar harga makanan di kaunter. Namun, terdapat kesalahan dalam aspek penggunaan bahasa pada papan tanda tersebut.

Sepatutnya, papan tanda yang betul ialah:

SILA BAYAR DI KAUNTER

Terdapat kesalahan dalam aspek tatabahasa.

SILA BAYAR DI CASHIER    – salah

Maksud ayat: Pelanggan diminta membayar harga makanan di juruwang.

*Ayat ini salah kerana perkataan ‘cashier’ iaitu kosa kata bahasa Inggeris digunakan dalam ayat tersebut. Sekiranya perkataan juruwang digunakan untuk menggantikan perkataan ‘cashier’, ayat tersebut tetap salah kerana kata sendi nama ‘di’ digunakan sebelum perkataan ‘cashier’/’juruwang’.

SILA BAYAR DI KAUNTER  – betul

Maksud ayat: Pelanggan dikehendaki membayar harga makanan di kaunter.

*Ayat di atas merupakan ayat perintah. Perkataan ‘cashier’ perlu digantikan dengan perkataan bahasa Malaysia yang lebih sesuai iaitu ‘kaunter’. Disebabkan ‘kaunter’ ialah suatu tempat, maka kata sendi nama ‘di’ memang sepatutnya digunakan dalam ayat perintah tersebut.

 

0

PENCEMARAN BAHASA

PENCEMARAN BAHASA

Gambar berikut merupakan papan tanda yang dipamerkan di salah sebuah restoran. Papan tanda tersebut diperlihatkan untuk memberitahu pelanggan supaya membayar harga rokok terlebih dahulu. Namun, terdapat kesalahan dalam aspek penggunaan bahasa pada papan tanda tersebut.

Sepatutnya, papan tanda yang betul ialah:

SILA BAYAR HARGA ROKOK TERLEBIH DAHULU 

Terdapat kesalahan dalam aspek tatabahasa.

ROKOK BAYAR DAHULU       – salah

Maksud ayat: Rokok dikehendaki membayar terlebih dahulu .

*Ayat ini salah kerana perkataan ‘rokok’ digunakan sebagai subjek (pelaku) dalam ayat perintah. Tambahan lagi, ‘rokok’ merupakan benda yang tidak boleh melakukan perbuatan membayar.

SILA BAYAR HARGA ROKOK TEREBIH DAHULU    – betul

Maksud ayat: Pelanggan dikehendaki membayar harga rokok terlebih dahulu.

*Ayat di atas merupakan ayat perintah. Maka, kata perintah ‘SILA’ perlu diletakkan di permulaan ayat  untuk menunjukkan arahan secara hormat kepada pelanggan supaya membayar harga rokok terlebih dahulu. Mengikut konteks ayat perintah, subjek (pelaku) sudah tidak diperlukan atau dimasukkan lagi.

 

0

PENCEMARAN BAHASA

blog photo

Gambar berikut merupakan papan tanda yang sering digunakan oleh kebanyakan pemilik premis untuk memberitahu bahawa penjual dilarang memasuki premis mereka. Penggunaan papan tanda tersebut merupakan salah satu cara pemberitahuan, tetapi terdapat kesalahan dalam aspek penggunaan bahasa. Kebanyakan pemilik premis tidak mengambil berat akan hal ini.

Sepatutnya, papan tanda yang betul ialah:

PENJUAL DILARANG MASUK

 

Terdapat kesalahan dalam aspek tatabahasa iaitu penggunaan imbuhan.

                       JUALAN                    LARANG                   MASUK      – salah

Maksud ayat: Barang-barang yang dijual tidak membenarkan masuk.

PENJUAL                DILARANG                 MASUK      – betul

Maksud ayat: Orang yang menjual sesuatu barang tidak dibenarkan masuk.

*JUALAN : Barang-barang yang dijual

*PENJUAL : Orang yang menjual sesuatu barang

*LARANG : Tidak membenarkan (Kata Kerja Aktif)

*DILARANG : Tidak dibenarkan (Kata Kerja Pasif)

Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini terus berlaku, tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Sebagai masyarakat umum, kita juga mestilah peka terhadap kesalahan penggunaan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.

 

0

Malaysia, Selamat Hari Merdeka!

Hari Merdeka

 

Tanggal 31,

Bulan lapan lima puluh tujuh,

Merdeka! Merdeka!

Tetaplah Merdeka,

Ia pasti menjadi sejarah.

Berikut ialah bait-bait lagu dendangan Allahyarham Sudirman yang sering diputarkan di corong radio menjelang bulan kemerdekaan negara. Lazimnya, lagu ini menjadi lagu tradisi sempena sambutan hari kemerdekaan. Segenap generasi mengetahui dan akan turut menyanyikan lagu ini sekiranya dimainkan.

Pada tahun ini, sudah 56 tahun Malaysia merdeka. Walaupun Malaysia sudah lama bebas daripada belenggu penjajah, namun kita haruslah memelihara keamanan dan keharmonian negara. Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasa bangsa yang merdeka. Semua jurang pembangunan, ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar erti kemerdekaan dapat dikekalkan. Perpaduan yang dicapai sejak kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Salam kemerdekaan daripada Kami, warga BM World.