Contoh Kerja Kursus – Tajuk : Keunikan Makanan Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang berkongsi makanan, perayaan, muzik dan sebagainya. Hari ini saya akan menceritakan tentang keunikan Malaysia yang dikongsi bersama melalui makanan. Antara makanan dan minuman yang popular di Malaysia ialah roti canai, char keow tiow,nasi lemak,teh tarik dan sebagainya. Hari ini saya akan ceritakan tentang nasi lemak, char keow tiow dan roti canai.

NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kaum Melayu kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya.

Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng , kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk-lauk lain.

CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan kaum cina yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow leper dan digoreng di atas api panas dengan kicap, sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.

Kadangkala hirisan sosej Cina, kek ikan dan bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah. Char kway teow biasanya di makan pada waktu pagi dan malam.

ROTI CANAI
Roti canai atau roti jenis leper merupakan makanan kaum india yang menjadi kegemaran di Malaysia. Perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana.

Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik atau teh ais. Roti canai biasanya dihidangkan dengan kuah dal, kari dan sambal ikan bilis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s