Jutaan Terima Kasih

BM World telah menganjurkan satu pertandingan video kreatif untuk pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan empat. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar kerana menyertai pertandingan video kreatif yang dianjurkan oleh BM WORLD pada bulan Julai. Semua pihak telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam pertandingan ini sehingga dapat dijalankan seperti yang dirancang. Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat serta kreativiti pelajar dalam penghasilan video kreatif.

Pihak BM WORLD juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru, pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada pelajar dalam menyiapkan tugasan tersebut. Semoga pertandingan ini dapat memberi input dan pengalaman berguna kepada para pelajar terutamanya untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan bahasa Malaysia. Diharapkan para pelajar dapat berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka dalam subjek bahasa Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu subjek yang paling menyeronokkan untuk dipelajari.

Kejayaan adalah datangnya dari usaha yang bersungguh-sungguh, justeru pihak BM WORLD sekali lagi ingin melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana menyertai pertandingan ini. Tahniah kepada pelajar yang berjaya memenangi pertandingan ini dan kepada yang tidak berjaya diharap anda mencuba lagi pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s