MENEROKA KE ALAM BM WORLD

Logo BM WorldAdakah anak anda lemah dalam mata pelajaran bahasa Malaysia? Mengapa anda perlu membiarkan anak anda terbeban dengan perkara tersebut? Jangan biarkan anak anda tertekan sehingga menjejaskan pelajarannya. Kami ada jalan penyelesaian di BM World.

BM World adalah program khusus bahasa Malaysia yang pertama di Malaysia. BM World membantu pelajar menguasai Bahasa Malaysia di samping memupuk keyakinan diri dengan menggunakan cara pengajaran yang inovatif melalui pendekatan yang menarik dan praktikal. Pendekatan yang digunakan adalah melalui kaedah audio, visual dan kinestatik. Kombinasi tiga kaedah ini menghasilkan suasana pembelajaran yang unik serta ceria yang disukai oleh para pelajar.

BM World diajar secara “fun learning” atau pembelajaran yang menyeronokkan melalui drama, lakonan, bercerita dan aktiviti yang mencabar minda pelajar. Pelajar yang menyertai kelas BM World perlu mengambil satu ujian penilaian atau kemasukan untuk menentukan tahap seseorang pelajar. Pelajar BM World dikategorikan mengikut tahap pelajar dan bukannya berdasarkan umur pelajar. Kelas BM World juga hanya menempatkan 10 orang pelajar sahaja di dalam satu kelas supaya guru dapat fokus kepada pelajar dan pelajar juga dapat fokus pada pengajaran guru.

Kelas BM World dapat memberi keyakinan dan galakan kepada pelajar untuk belajar Bahasa Malaysia dengan lebih baik dan mendalam lagi. Anda sebagai ibu bapa akan dapat mengesan perbezaan anak anda dalam berkomunikasi dan mata pelajaran Bahasa Malaysia setelah menyertai kelas BM World. BM World telah memberi jalan kepada anda bagi meningkatkan lagi penguasaan anak anda dalam Bahasa Malaysia. Keputusan berada di tangan anda sebagai ibu bapa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s