Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh orang yang beragama Islam di seluruh dunia. Perayaan ini disambut bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan.

Menu istimewa yang selalu dihidangkan semasa Hari Raya ialah ketupat, lemang, rendang, lontong, dodol dan kuih raya.

Aktiviti yang lazimnya dilakukan selepas sembahyang Hari Raya Aidilfitri ialah mengunjungi pusara dan  berkunjung ke rumah sanak saudara serta rakan-rakan. Pada Hari Raya, semua orang akan bergembira, memakai pakaian baru, ceria dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Amalan memberi wang atau duit raya kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan di dalam sampul duit oleh orang dewasa kepada kanak-kanak. Inilah perkara yang amat dinanti-nantikan oleh mereka pada hari raya setiap tahun.

Selain itu, amalan rumah terbuka juga selalu diadakan pada Hari Raya atau sepanjang bulan Syawal untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Pada Hari Raya Aidilfitri, semua orang bergembira dan bersuka ria menyambutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s