Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Selamat kembali ke BM World.
Walaupun 1 Syawal telah pun berlalu, namun kemeriahan suasana Hari Raya masih dirasai. Hal ini kerana, Majlis Rumah Terbuka akan diadakan sepanjang bulan Syawal. Pelbagai juadah dan hidangan seperti ketupat, lemang, sate, dodol, rendang dan biskut raya yang pelbagai jenis akan disajikan kepada tetamu oleh tuan rumah.

Pada masa inilah, semua saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga berkumpul dan bercerita mengenai perihal masing-masing setelah lama tidak berjumpa.

Rumah Terbuka atau ‘Open House’ lazimnya diadakan bertujuan untuk meraikan tetamu yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Oleh hal demikian, kenikmatan meraikan Hari Raya dapat dikongsi bersama.

Leave a comment