AMALAN MEMBACA

Amalan membaca secara berterusan dapat menghindari penyakit lupa, latah dan nyanyuk. Menurut Dr. Hm Tuah Iskandar lagi, membaca bukan sahaja menjana otak tetapi juga suatu kaedah untuk membina kesihatan psikologi. Bagaimana?

Apabila membaca buku, otak akan berusaha keras memahaminya. Lantas cuba mengingati melalui ‘gudang’ ingatan kekal atau sementara. Ini ialah proses perembesan sel neuron dan cantuman saraf sinaps. Justeru, membaca menjadikan otak aktif dan melambatkan proses penuaan. Hasilnya, otak sentiasa cerdas dan aktif meskipun usia bertambah.

Tambahan lagi, membaca buku berbeza dengan membaca majalah mahupun akhbar. Kesan psikologi mental apabila memegang buku adalah lebih baik daripada bahan bacaan lain. Jenis buku yang dipegang juga memberikan kesan yang berbeza. Misalnya buku yang agak berat dan tebal akan menjana psikologi kebijaksanaan si pemegangnya dan demikianlah sebaliknya.

Misalnya kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai pekerja di syarikat penerbitan buku akan membawa sebuah buku perubatan yang tebal sebagai ‘teman’ sewaktu menunggu bas. Kesannya dia berasa seperti seorang yang pintar bahkan penghormatan orang terhadapnya juga meningkat. Itulah kesan buku kepada sesiapa yang membawanya. Selagi ia bernama buku, pasti ia membawa kesan positif kepada psikologi pemiliknya dan juga orang yang melihatnya.

Oleh sebab itu, membaca satu amalan yang membawa banyak faedah kepada setiap orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s