ERTI KEMERDEKAAN

Lapan hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Setiap orang tentunya memiliki cara yang berbeza dalam mentafsir makna kemerdekaan. Kemerdekaan yang dikecapi bermakna, kita bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi aspek spiritual dan mental.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu sejak tahun 1511 hingga Perang Dunia Kedua (1941-1945), Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing yang hanya mahu membolot hasil bumi negara. Pada ketika itu, matlamat pejuang tanah air adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan, sekaligus mencipta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Oleh sebab itu, tanggungjawab generasi baru hari ini adalah untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Kita perlu mendalami ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang sekian lama dipertahankan akan musnah. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, kita haruslah memelihara keamanan dan keharmonian negara agar terus terpelihara.

                                                  SELAMAT HARI MERDEKA KE-56 !

MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s