ADAT PERTUNANGAN ORANG MELAYU

Bertunang

Orang Melayu dan adat istiadat tidak dapat dipisahkan. Terdapat pelbagai adat istiadat yang diamalkan oleh orang Melayu. Pertunangan merupakan salah satu adat yang masih diamalkan hingga sekarang. Pertunangan merupakan proses menjalinkan ikatan antara pihak lelaki dan pihak wanita yang sudah bersedia untuk berumahtangga. Ia merupakan langkah yang lazimnya dilakukan oleh pasangan sebelum berkahwin.

Realitinya, sudah pasti proses bertanya khabar dibuat untuk mengetahui status diri masing-masing sama ada masih bujang atau pun sudah berpunya. Jika dalam proses ini mereka bersependapat untuk berkahwin, maka pihak lelaki akan memaklumkan keluarganya untuk menghantar wakil dan rombongan untuk meminang pihak perempuan.

Semasa majlis pertunangan dilangsungkan, ahli keluarga pihak perempuan akan mengalu-alukan kedatangan rombongan keluarga pihak lelaki. Setelah rombongan keluarga pihak lelaki sampai, mereka akan dijemput naik ke ruang tamu untuk mengadakan perbincangan. Semua alatan dan hadiah yang dibawa oleh pihak lelaki akan diletakkan ditengah-tengah majlis. Biasanya hadiah tersebut diletakkan bersebelahan dengan barangan hadiah pihak perempuan untuk diberi kepada pihak lelaki. Susunan barang-barang pihak lelaki itu diletakkan mengikut tertib iaitu tepak sirih, sirih junjung, cincin pertunangan, wang hantaran dan barang-barang hadiah sepersalinan.

Sesungguhnya, pertunangan merupakan satu fasa peralihan sebelum alam perkahwinan. Dalam tempoh bertunang, si gadis dan jejaka perlu menjaga tingkah laku masing-masing dan sentiasa berbincang untuk melangkah ke fasa yang seterusnya iaitu perkahwinan.
Begitulah halusnya adat pertunangan masyarakat Melayu yang masih menjadi amalan hingga ke hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s