KEBOCORAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Kebocoran kertas soalan peperiksaan sememangnya bukanlah satu fenomena baru, tetapi permasalahan ini telah berlaku dan akan terus berlaku sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Justeru, dalam usaha kerajaan kita memartabatkan institusi pendidikan melalui pelbagai pelan tindakan yang strategik, kebocoran soalan ialah satu ancaman yang perlu ditangani dengan segera.

Kita perlu mendasari permasalahan ini hingga ke akar umbi agar gejala ini tidak berulang dan hasrat Malaysia untuk menjadi hab pendidikan serantau tidak akan dipertikaikan kredibilitinya. Secara teknikal, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mempunyai tanggungjawab mutlak dalam menyelenggara peperiksaan am negara, namun kecuaian dan kegagalan memikul amanah yang dipertanggungjawab oleh kakitangannya telah menyebabkan saban tahun isu kebocoran kertas soalan ini sering didengari.

Sempena peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang akan datang, semua warga pendidik terutama para guru berharap isu seperti ini tidak lagi dibangkitkan pada tahun ini. Para guru pastinya tidak mahu nama mereka turut terseret kesan daripada sikap segelintir guru lain yang begitu optimis untuk mendapat nama baik dan memperoleh kepujian daripada pihak sekolah jika subjek yang diajar mencapai atau melepasi target yang disasarkan. Sekiranya ia masih berlaku, pihak Kementerian Pelajaran perlu menangani isu ini dengan lebih serius agar institusi pendidikan negara kita tidak dipersoalkan.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini, warga BM World mengucapkan selamat maju jaya. Semoga anda dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s